
Selasa, 27 Oktober 2009
MENGENAI EMAS...APA,KENAPA EMASSSS
hari ini jaket hitam nak buat ulasan mengenai emas..emas lagi... 
MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
kerana...jeng..jeng..jeng...
- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
- Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
- Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
- Aset yang terunggul
- Ia tidak boleh dimanipulasikan
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
- Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan.
- Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.
- Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1.Warna kuning keemasan yang menarik dan tidak pudar selamanya.
2.Emas tidak boleh dibinasakan.
3.Tahan lasak.
4.Mudah dibahagikan kepada unit yang keciltanpa menjejaskan nilainya.
5.Ia sukar diperoleh.
KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.
jom kita lihat kebenaran nya... buka minda dan lapangkan dada anda....

Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50.
Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”

Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan.
- Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan.
- Seluruh manusia mengiktiraf emas sebagai sesuatu yang berharga.
- Oleh sebab itulah emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
- Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.
- Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.
- Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.

MENGAPA anda perlu menyimpan emas?
kerana...jeng..jeng..jeng...
- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
- Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
- Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
- Aset yang terunggul
- Ia tidak boleh dimanipulasikan
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
- Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan.
- Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.
- Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1.Warna kuning keemasan yang menarik dan tidak pudar selamanya.
2.Emas tidak boleh dibinasakan.
3.Tahan lasak.
4.Mudah dibahagikan kepada unit yang keciltanpa menjejaskan nilainya.
5.Ia sukar diperoleh.
KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.
jom kita lihat kebenaran nya... buka minda dan lapangkan dada anda....

Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50.
Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.
Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”

Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan.
- Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan.
- Seluruh manusia mengiktiraf emas sebagai sesuatu yang berharga.
- Oleh sebab itulah emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
- Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.
- Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.
- Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.
2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.
- Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
- Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz
- Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan 27% setahun)
3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang
- Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.
- Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket.
- Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.
- Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009?
- Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.
- Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.
Ahad, 25 Oktober 2009
DINAR EMAS PUBLIC GOLD.... berkilauan...cantik sungguh




Harga jualan dinar Public Gold
Harga dinar emas Public Gold dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah mengikut harga emas antarabangsa.
Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/
Harga dinar emas Public Gold dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah mengikut harga emas antarabangsa.
Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/

ANALISA PELABURAN EMAS..UNTUNG KERR??

Purata Kenaikan Tahunan 22.68%
Purata Kenaikan Harga Emas 2 Tahun Terakhir 45.37%
Purata Kenaikan
Harga Emas Terkini 6 Bulan 19.42%
hehhehe.....bestkan..so kesimpulannya memang amatberbaloiii jika simpan emas ni..
opsss...kita iklan kejap..lihat berita terkini......
12 October 2009
HARGA emas mencecah paras tertinggi kelmarin apabila nilai dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh berikutan hasrat negara Teluk untuk berhenti menggunakan mata wang berkenaan bagi urus niaga minyak.
Dalam dagangan semalaman di New York Mercantile Exchange, harga emas mencecah AS$1,045.00 seauns, manakala dagangan awal di London Bullion Market semalam menyaksikan harga komoditi itu meningkat kepada AS$1,043.78, melepasi paras rekod tertinggi sebelumnya, AS$1,032.70 yang dicatat pada Mac 2008.
Penganalisis logam berharga Barclays Capital, Suki Cooper, berkata kelemahan nilai dolar AS ada hubungan dengan laporan mengenai perbincangan rahsia untuk melaksanakan urus niaga minyak dalam sekumpulan mata wang termasuk emas, tetapi tidak termasuk dolar.
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
innity_country = "MY";
innity_client = "17";
innity_zone = "761";
innity_channel = "";
innity_keyword = "";
“Kenyataan itu menambah kebimbangan terhadap peranan masa depan dolar AS dalam pasaran kewangan antarabangsa,” kata Cooper di London.
Kedudukan masa depan dolar AS sebagai mata wang utama dunia kini diragui apabila laporan menyatakan negara Arab melancarkan rancangan rahsia dengan China dan Russia untuk berhenti menggunakan dolar dalam dagangan minyak.
Akhbar harian British, The Independent, melaporkan negara Arab telah memulakan langkah berkenaan dengan China, Russia, Jepun dan Perancis untuk memberhentikan urus niaga minyak menggunakan dolar AS.
Laporan itu bagaimanapun dinafikan oleh Kuwait dan Qatar serta dilaporkan juga negara lain. The Independent dilaporkan berkata: “Dalam perubahan kewangan paling mendalam dalam sejarah Asia Barat, negara Teluk bersama China, Russia, Jepun dan Perancis, bercadang untuk mengakhiri dagangan menggunakan mata wang dolar AS.
Negara berkenan sebaliknya akan menukar kepada sekumpulan mata wang termasuk yen Jepun dan yuan China, euro, emas dan mata wang baru yang dirancang dalam Majlis Kerjasama Teluk (GCC),
termasuk Arab Saudi, Abu Dhabi, Kuwait dan Qatar.
Emas yang dinilai sebagai pelaburan paling selamat, sejak beberapa bulan lalu kembali mendapat perhatian apabila ekonomi global bergelut dengan krisis paling teruk dalam tempoh beberapa dekad.
Permintaan emas melonjak didorong kelemahan nilai dolar, yang menjadikan komoditi yang diniagakan dalam mata wang dolar menjadi lebih murah kepada pemegang dalam mata wang yang lebih kukuh, sekali gus meningkatkan permintaan.
Emas turut mendapat sokongan daripada kebimbangan terhadap inflasi yang lebih tinggi kerana logam berkenaan disifatkan oleh pelabur sebagai simpanan nilai paling selamat.
Bulan lalu, perunding logam berharga GFMS memberi peringatan mengenai perkembangan semasa aliran kenaikan harga emas mungkin tidak akan berkekalan jika pakej rangsangan global gagal meningkatkan permintaan lemah dalam ekonomi yang bermasalah hingga menyebabkan penurunan inflasi. - AFP
Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Pinjaman Ar-Rahn


Pajak Gadai bermaksud memajak/meletakkan sejumlah emas fizikal sebagai sandaran bagi mendapatkan sejumlah pinjaman wang yang dipersetujui atas nilai marhum dengan kadar upah simpan tertentu.
Nilai Marhum = berat emas x harga emas semasa.
pajak emas di Ar Rahn milik Koperasi Kementerian Pertanian di Metro Business Centre, Bandar Tasik Selatan. kadar upah simpan bagi gold bar dan dinar emas adalah 70 sen atau 0.85 bagi setiap RM 100 Nilai Marhum.
Nilai Marhum/100 X kadar upah simpan X tempoh gadaian
Contoh:
Saya telah ke Ar Rahn untuk memajak 2 keping 20g PG, Harga gadaian semasa adalah RM 135.00 bagi emas 999.
Nilai Marhum = berat emas x harga emas semasa.
Nilai Marhum :40g x 135.00 = RM 5,400.00
Bagaimana nak dapatkan upah simpan bagi tempoh sebulan?
Upah Simpan : Nilai Marhum/100 x kadar upah simpan x tempoh gadaian
Upah Simpan : RM5,400/100 x 0.85 x 1= RM45.90
Nilai pinjaman = Nilai Marhum x 65%Nilai Pinjaman = RM 5,400 x 0.65 = RM 3,510 So,
selepas kiraan ni, kita setuju nak pajak, maka kita akan diberi pula pinjaman sejumlah RM 2,281.50
Kos lain yang terlibat adalah Kos Surat pajak = RM 1.00
Masa nak tebus, surat pajak hilang. Untuk cetak semula, dikenakan denda surat pajak hilang = RM 20.00
Maka selepas tu kita balik dengan RM 2,281 dan pegi lah beli dinar pula 4 keping.
Tempoh gadaian adalah 6 + 2 + 2. Maknanya selepas 6 bulan pertama, boleh bawa surat pajak ke Ar Rahn dan sambung lagi 2 bulan.
Selepas 2 bulan hampir tamat, boleh sambung lagi 2 bulan.
Selepas 2 bulan kedua ni tamat, kalau masih nak pajak,
kena tukar surat atau tebus dan gadai semula.
Masa ni cuma perlu bayar upah simpan untuk 9 bulan.Kalau nak tebus selepas 3 bulan :
Kita cuma perlu bayar balik pinjaman RM 2,281.50 tadi dengan upah simpan selama 3 bulan iaitu RM45.90 x 3 = RM 137.70.
Kiraan di atas adalah untuk gadaian di Ar Rahn Kotani.
bagi Ar Rahn Agro Bank atau Bank Rakyat,
cara kiraannya sama, yang berbeza cuma kadar upah simpan sahaja yang ditetapkan oleh agensi masing-masing. harga emas pula mengikut harga gadaian emas harian seperti http://www.fgjam.org.my/
Di Ar Rahn ini, Kadar Upah Simpan bagi barang kemas 916 adalah mengikut Nilai Marhum seperti di bawah:
Nilai marhum RM 500 - 0.60
Nilai Marhum RM 501 - RM 2,000 - 0.80
Nilai marhum RM 2,001 - RM 10,000 - 0.95
hanya bagi gold bar,syiling emas dan dinar (walaupun 916) kadar upahnya tetap pada0.85
KELAS PELABURAN EMAS...PUBLIC GOLD

Pihak syarikat Public Fine Gold International akan mengadakan Kelas Pelaburan Emas pada setiap hari rabu jam 8.00 malam - 10:30malam di pejabat public gold di 42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor)Mentari Business Park,Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya,Selangor. .
marilah kita hadir beramai-ramai untuk berkongsi tentang ilmu pelaburan Emas di Malaysia & Bagaimana Menjana Pendapatan Melalui Emas.
Kepada anda yang berminat untuk menambahkan Ilmu Pengetahuan Dalam Pelaburan Emas amatlah di alu-alukan.sila sms kehadiran anda kepada jakethitam 017-2804897 .
hehehehe.....datang jerrr...dengar citer mengenai EMASSSSSS...biar tangkap lelehhh
Sabtu, 24 Oktober 2009
EMAS.....fakta mengenai emas




Best kan... kalau kita ada semua emas ne...wowww..kayooo..beb..ni aku nak share sikit mengenai EMAS....
Emas Fizikal ada berbagai-bagai kategori mengikut ketulinannya….
Yang popular ialah emas 999% dan emas 917%.
EMAS 999: Emas 999 dikenali juga sebagai Emas 24K.
Terdapat dalam berbagai2 bentuk, seperti syiling emas, nugget emas dan bar emas. Pelbagai saiz dalam gram dan ounce. Kebiasaannya emas ini disimpan sebagai pelaburan.
Syiling Emas:
Terdapat banyak pilihan syiling emas di Malaysia seperti Kijang Emas Gold Coin, Canadian Maple Leaf, Australian Nugget, Singapore Lion dan Public Gold Coin. Syiling emas ini boleh didapati dari:
Maybank: Kijang Emas Gold Coin
Laman web Maybank: http://www.maybank2u.com.my/rates/gold_rates.shtml
OUB: Canadian Maple Leaf, Australian Nugget dan Singapore Lion
Laman utama OUB: http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm
semak harga: http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold
Public Fine Gold: Public Gold CoinLaman utama: http://www.publicgold.com.my/
Gold Nugget / Gold Bar:
Terdapat banyak Gold Bar/Nugget mengikut saiz tertentu. Diantaranya ialah Pamp Suisse, Kinebar, Pamp Gold, Bunga Raya Gold Bar dan Public Gold Bar.
Gold Bar ini boleh didapati dari:
OUB: Pamp Suisse, Kinebar dan Pamp Gold
Habib Jewel: Pamp Suisse
Kedai Emas Poh Win: Pamp Suisse
Kedai Emas Poh Kong: Bunga Raya
Gold BarPublic Fine Gold: Public Gold Bar
EMAS 917:
Emas 917 dikenali juga sebagai emas 22K.
Emas banyak digunakan untuk membuat perhiasan wanita, kerana sifatnya lebih keras tidak mudah calar atau haus.
Emas 917 juga digunakan untuk membuat Dinar Emas.
Emas perhiasan wanita boleh didapati dari semua kedai2 emas.
Dinar Emas pula boleh didapati dari:
Cawangan Ar-Rahn: Dinar Emas Kelantan
Laman Utama: http://www.dinarkel.com/
Cawangan Ar-Rahn: http://www.dinarkel.com/wtb.html
Public Fine Gold: Dinar Public GoldLaman Utama: http://www.publicdinar.com.my/
Senarai Penjual/Agen: http://www.publicgold.com.my/content/view/49/81
Islamic Mint Sdn Bhd: Dinar Emas Islamic Mint Laman Utama: http://www.islamicmint.com.my/
Senarai Penjual (Wakala): https://www.medinamarket.com/map.html
Emas Fizikal kebiasaannya disimpan untuk pelaburan.
Oleh kerana emas tergolong dalam barang komoditi, ia didagangkan dipasaran antarabangsa.
Untuk mengetahui pergerakan harga emas semasa sila lawati: http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html atau http://www.kitco.com/charts/livegold.html
Langgan:
Catatan (Atom)






