Selasa, 27 Oktober 2009

MENGENAI EMAS...APA,KENAPA EMASSSS



hari ini jaket hitam nak buat ulasan mengenai emas..emas lagi...



















MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

kerana...jeng..jeng..jeng...


- Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
- Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
- Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
- Aset yang terunggul
- Ia tidak boleh dimanipulasikan

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

- Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan.
- Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.

- Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1.Warna kuning keemasan yang menarik dan tidak pudar selamanya.
2.Emas tidak boleh dibinasakan.
3.Tahan lasak.
4.Mudah dibahagikan kepada unit yang keciltanpa menjejaskan nilainya.
5.Ia sukar diperoleh.


KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.
jom kita lihat kebenaran nya... buka minda dan lapangkan dada anda....
















Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50.
Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.

Soalan: “Boleh tak anda ‘musnahkan’ kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?”






















Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan.

- Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan.
- Seluruh manusia mengiktiraf emas sebagai sesuatu yang berharga.
- Oleh sebab itulah emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
- Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.
- Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.

- Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.



2. Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.






- Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz
- Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

- Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata kenaikan 27% setahun)


3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang


- Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.

- Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket.

- Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.

- Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009?
- Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 – RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.

- Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan