

Pajak Gadai bermaksud memajak/meletakkan sejumlah emas fizikal sebagai sandaran bagi mendapatkan sejumlah pinjaman wang yang dipersetujui atas nilai marhum dengan kadar upah simpan tertentu.
Nilai Marhum = berat emas x harga emas semasa.
pajak emas di Ar Rahn milik Koperasi Kementerian Pertanian di Metro Business Centre, Bandar Tasik Selatan. kadar upah simpan bagi gold bar dan dinar emas adalah 70 sen atau 0.85 bagi setiap RM 100 Nilai Marhum.
Nilai Marhum/100 X kadar upah simpan X tempoh gadaian
Contoh:
Saya telah ke Ar Rahn untuk memajak 2 keping 20g PG, Harga gadaian semasa adalah RM 135.00 bagi emas 999.
Nilai Marhum = berat emas x harga emas semasa.
Nilai Marhum :40g x 135.00 = RM 5,400.00
Bagaimana nak dapatkan upah simpan bagi tempoh sebulan?
Upah Simpan : Nilai Marhum/100 x kadar upah simpan x tempoh gadaian
Upah Simpan : RM5,400/100 x 0.85 x 1= RM45.90
Nilai pinjaman = Nilai Marhum x 65%Nilai Pinjaman = RM 5,400 x 0.65 = RM 3,510 So,
selepas kiraan ni, kita setuju nak pajak, maka kita akan diberi pula pinjaman sejumlah RM 2,281.50
Kos lain yang terlibat adalah Kos Surat pajak = RM 1.00
Masa nak tebus, surat pajak hilang. Untuk cetak semula, dikenakan denda surat pajak hilang = RM 20.00
Maka selepas tu kita balik dengan RM 2,281 dan pegi lah beli dinar pula 4 keping.
Tempoh gadaian adalah 6 + 2 + 2. Maknanya selepas 6 bulan pertama, boleh bawa surat pajak ke Ar Rahn dan sambung lagi 2 bulan.
Selepas 2 bulan hampir tamat, boleh sambung lagi 2 bulan.
Selepas 2 bulan kedua ni tamat, kalau masih nak pajak,
kena tukar surat atau tebus dan gadai semula.
Masa ni cuma perlu bayar upah simpan untuk 9 bulan.Kalau nak tebus selepas 3 bulan :
Kita cuma perlu bayar balik pinjaman RM 2,281.50 tadi dengan upah simpan selama 3 bulan iaitu RM45.90 x 3 = RM 137.70.
Kiraan di atas adalah untuk gadaian di Ar Rahn Kotani.
bagi Ar Rahn Agro Bank atau Bank Rakyat,
cara kiraannya sama, yang berbeza cuma kadar upah simpan sahaja yang ditetapkan oleh agensi masing-masing. harga emas pula mengikut harga gadaian emas harian seperti http://www.fgjam.org.my/
Di Ar Rahn ini, Kadar Upah Simpan bagi barang kemas 916 adalah mengikut Nilai Marhum seperti di bawah:
Nilai marhum RM 500 - 0.60
Nilai Marhum RM 501 - RM 2,000 - 0.80
Nilai marhum RM 2,001 - RM 10,000 - 0.95
hanya bagi gold bar,syiling emas dan dinar (walaupun 916) kadar upahnya tetap pada0.85
Tiada ulasan:
Catat Ulasan